fbpx

E-bazaar.com.my merupakan platform Bazaar elektronik bagi peniaga-peniaga khususnya peniaga-peniaga di Bazaar yang sedia untuk menjual juadah di bulan Ramadan dan Bazaar Aidilfitri untuk kawasan bandaraya Kuching tidak termasuk kawasan Bau, Siburan dan Kota Samarahan

Bazaar ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan dengan menyediakan pelbagai pilihan produk terutamanya yang berasaskan makanan dan minuman HALAL, khususnya peniaga yang beroperasi di Kawasan Kuching. 

Tidak! Tiada yuran yuran pendaftaran dikenakan. Penyertaan adalah PERCUMA

1.  Setiap pelanggan yang ingin membeli-belah di e-bazaar, perlu mendaftar di laman e-bazaar.com.my.

2.  Pelanggan memilih barangan dan membuat pesanan.

3.  Vendor akan dimaklumkan tentang pesanan pelanggan melalui sistem notifikasi dalam Web Vendor (di halaman Urus Kedai). Vendor kemudiannya perlu menguruskan pesanan secepat mungkin atau terus menghubungi pelanggan untuk berbincang mengenai urusan penghantaran. Bagi kategori makanan selain dari makanan dimasak, pesanan perlu dihantar selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh pesanan dibuat. Manakala bagi makanan dimasak seperti nasi, mee,burger, pizza,laksa dan seumpamanya, pesanan perlu dibuat pada hari yang sama, kecuali atas permintaan pelanggan yang minta agar penghantaran dibuat pada hari yang lain.  Begitu juga bagi minuman dibancuh termasuk Air Batu Campur (ABC), teh o ais, horlick ais dan seumpamanya turut perlu dihantar pada hari yang sama kecuali atas permintaan pelanggan agar dihantar pada hari yang lain.

4.  Selepas barangan dihantar, vendor perlu mengemaskinikan  status penghantaran (shipping) di laman “urus kedai” dengan klik “Mark Shipped” bagi memaklumkan pihak pengurusan e-bazaar bahawa pesanan telah selamat dihantar kepada pelanggan. 

5.  Selepas e-bazaar mendapat maklumbalas daripada vendor bahawa barangan telah dihantar kepada pelanggan. pihak kami memantau maklumbalas dari pelanggan. Dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan, sekiranya tiada maklumbalas dari pelanggan, e-bazaar akan memulakan proses pembayaran ke akaun vendor iaitu selepas vendor mengemukakan “windrawal request” di laman web vendor.  Sebaliknya, jika ada aduan daripada pelanggan berkenaan pesanan tidak dihantar, e-bazaar akan menyiasat. Sekiranya benar seperti dakwaan bahawa barangan tidak dihantar, e-bazaar akan memulangkan wang pelanggan.

CAJ TRANSAKSI untuk setiap pembelian yang berjaya sepatutnya dibiayai oleh vendor (penjual).  Namun, untuk mengurangkan bebanan penjual, pihak kami menanggung caj transaksi sebanyak RM1.50 untuk setiap transaksi jual-beli yang berjaya dilakukan oleh penjual.

Pihak kami hanya mengenakan KOMISYEN serendah 8% sahaja atas setiap jualan vendor (penjual). Komisyen ini akan digunakan bagi menampung sedikit-sebanyak caj / yuran setiap transaksi yang dikenakan oleh payment gateway pihak ketiga yang kami gunakan iaitu Billplz  sebanyak RM1.50 untuk setiap transaksi (pembelian) yang berjaya.  Selain itu, komisyen tersebut diharap dapat digunakan untuk penyelenggaraan web E-bazaar ini.

Tidak ! PEMBELI tidak dikenakan caj transaksi melainkan jika mereka menggunakan kad kredit untuk pembelian. Caj terhadap penggunaan kad kredit adalah tertakluk kepada pihak penyedia  kad kredit masing-masing.

Setiap penjual yang ingin menjadi vendor e-bazaar ini perlu mempunyai emel. Ianya adalah wajib.

Boleh ! Di laman web khas vendor terdapat dua (2) butang yang boleh digunakan. Anda boleh pilih salah satu butang atau kedua-duanya. Butang yang pertama ialah butang “Disable Purchase During OFF Time” dan butang yang kedua ialah “Disable Purchase During Vacation“. Kedua-dua butang itu jika dipilih, akan menyebabkan pelanggan tidak dapat membuat pembelian pada tarikh yang telah kita tetapkan. Pelanggan akan dimaklumkan semasa di halaman “checkout” bahawa pemilik kedai tidak membuat transaksi di luar waktu operasi ATAU pemilik kedai tidak membuka operasi semasa bercuti.

Anda boleh mengaktif/menyahaktikan mana-mana produk yang anda inginkan dengan hanya klik satu butang. Butang tersebut terdapat di dalam laman web khas vendor (Penjual).  Sila kemaskini menerusi laman web khas bagi vendor atau hubungi pihak kami jika ada sebarang kemusykilan.

Segala urusan penghantaran adalah tanggungjawab peniaga (vendor). E-bazaar tidak menguruskan penghantaran.  Wang kos penghantaran yang telah dibayar oleh pembeli melalui web e-bazaar ini akan kami serahkan kepada peniaga (vendor).  Menjadi tanggungjawab penjual (vendor) untuk membuat penghantaran samada menggunakan khidmat penghantaran sendiri atau pihak ketiga. Sebaik sahaja penghantaran telah dibuat sila kemaskini di laman web vendor dengan klik “Mark Shipped” dan telah diterima oleh pembeli, sila klik “Mark as Complete”.  Dengan itu, pihak E-bazaar akan dimaklumkan status pesanan produk tersebut.

Caj penghantaran adalah standard iaitu RM9.  Sekiranya penjual merasakan caj ini agak mahal dan bercadang untuk turunkan caj penghantaran, anda dinasihatkan untuk beri diskaun harga barang dengan mengaktifkan kupon diskaun di dalam laman web vendor.

Namun. sekiranya anda rasakan bahawa caj ini agak kurang berbaloi dengan jarak penghantaran, saiz dan berat (kg) barang, maka anda dicadangkan untuk adjust siap-siap dalam harga produk, iaitu harga produk telah mengambil kira kos tambahan penghantaran

Buat masa ini, kami belum meluaskan operasi penggunaan web e-bazaar.com.my ini ke kawasan-kawasan di luar Kuching. Pada masa yang akan datang, kami akan berusaha ke arah tersebut.

Di bandaraya Kuching ada beberapa syarikat yang mengendalikan urusan penghantaran termasuk “packed food”.  Antara perkhidmatan terkini ialah Grab Express, caj penghantaran nampak berbaloi.  Boleh lihat jenis barang dibenarkan dan kadar tambang di laman web rasmi mereka di : https://www.grab.com/my/express/

Tidak! tiada double charge. Anda perlu faham bahawa caj penghantaran yang pembeli bayar melalui web e-bazaar akan diserahkan kepada penjual (vendor) dan bukannya pihak e-bazaar simpan sebagai caj/yuran atau keuntungan e-bazaar. Caj penghantaran yang pembeli bayar itu berjumlah RM9. Jika pihak vendor dapat mencari penghantar yang caj harga yang lebih rendah, sebagai contoh RM5, maka baki RM4 itu dikira sebagai keuntungan tambahan. Jadi, terpulanglah kepada vendor samada nak bagi baki tu sebagai cashback kepada pelanggan atau sebagai keuntungan pihak penjual.

Selain daripada agar perniagaan online kita diuruskan dengan cara yang lebih teratur dan professional, salah satu sebab lain ialah untuk mengurangkan risiko penipuan. Kita sering dengar scammer/penipu sengaja menghubungi peniaga secara terus menggunakan media seperti facebook, whatsapp atau telefon mengatakan mereka mahu membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak. “Pembeli” ini mengatakan akan membayar kesemua jumlah semasa barang dihantar. Selepas tempahan dimasak dan disediakan, peniaga cuba hubungi semula “pembeli”, namun tidak dapat dihubungi. Selain daripada telah kerugian wang yang banyak, peniaga telah habiskan masa yang panjang untuk menyediakan pesanan yang kononnya ditempah.

 

Dengan menggunakan platform e-bazaar, pembeli perlu bayar terlebih dahulu kepada e-bazaar (bukan terus kepada peniaga), selepas pesanan dihantar kepada pembeli, selepas 7 hari (guarantee period) baharulah peniaga boleh tuntut wang tersebut.  Sekiranya sebelum tamat 7 hari tersebut, pelanggan membuat aduan bahawa pesanan tidak dihantar beserta bukti yang jelas, maka wang akan dikembalikan kepada pembeli. Dengan ini kedua-dua pihak boleh mengurangkan risiko ditipu.

Sekiranya, anda mempunyai produk selain makanan dan minuman, anda boleh letakkan dalam kategori lain-lain. Kami akan mewujudkan kategori yang sesuai bagi produk yang anda telah senaraikan dalam kategori lain-lain

Antara produk yang tidak dibenarkan dijual adalah seperti berikut:

1)  Produk Makanan dan minuman tidak halal

2)  Rokok termasuk vape dan cecair vape

3)  Dadah dan ubatan-ubatan.

4)  Peralatan berkaitan perjudian termasuk games judi online dan mesin slot

5)  Produk berunsurkan jampi, mistik, sihir dan seumpamanya

6)  Barangan tiruan dan ciplak termasuk pakaian yang menggunakan logo jenama lain tanpa kebenaran.

7) Produk digital tanpa mempunyai Resell Rights termasuk video, audio, software dan ebook yang dijual semula tanpa kebenaran daripada penerbit asal. Ini termasuklah cakera padat cetak rompak, mp3

8)  Cakera padat cetak rompak samada dalam bentuk fizikal atau digital

9)  Produk berasaskan haiwan atau hidupan liar yang diwartakan.

10)  Wang palsu

11)  Sebarang jenis wang termasuk wang digital.

12)  Senjata api dan senjata seperti semburan lada, replika “stun gun” dan lain-lain.

13)  Barangan yang berkaitan dengan kerajaan atau polis seperti pakaian seragam dan lencana.

14)  Racun Serangga.

15)  Barangan curi.

16)  Produk berbentuk keahlian termasuk Program Affiliate dan Multi Level Marketing (MLM)

17)  Produk berasakan pelaburan dan kewangan termasuk saham, unit amanah dan insuran.

18)  Barang yang disekat penggunaannya oleh pihak berkuasa dan umum.

19)  Peralatan komunikasi yang tidak didaftarkan dan beberapa alatan elektronik, seperti pengesan radar, radar satelit, perakam panggilan dan sebagainya.

Shopping cart